AM

MOTAC tiada kaitan dengan Konsert Rakyat Melaka

11/08/2022 06:51 PM

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menegaskan ia tiada kaitan dengan penganjuran Konsert Rakyat Melaka pada 3 Sept di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC berkata ia tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur (Jojo Events) untuk bekerjasama bagi konsert tersebut sebaliknya syarikat itu hanya mengemukakan permohonan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) bagi penganjuran program itu.

“Justeru, kenyataan yang menyatakan konsert tersebut dianjurkan dengan kerjasama MOTAC adalah tidak benar sama sekali,” katanya merujuk kepada sebuah laporan portal yang mendakwa ‘Konsert Rakyat Melaka’ diadakan dengan kerjasama MOTAC.

MOTAC berkata ia sentiasa menyokong program berbentuk kesenian dan kebudayaan namun memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan nama kementerian bagi tujuan promosi, publisiti ataupun mendapatkan dana daripada mana-mana pihak.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan