IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes cubaan samun dan pecah rumah di pusat bandar raya ini seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian tersebut direkodkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) apabila suspek bersenjatakan parang meluru masuk ke sebuah rumah di Taman Tasek Indra di sini pada 5 Ogos lepas.
“Polis sedang mengesan suspek dalam kes yang berlaku kira-kira 6.40 pagi tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan dan meminta saksi kejadian agar membuat laporan di balai berhampiran.
Menerusi rakaman CCTV yang berdurasi 12 saat itu itu, seorang lelaki bersenjatakan parang dilihat meluru masuk menuju ke pintu rumah mangsa, namun sempat ditutup oleh tuan rumah manakala suspek terjatuh setelah memijak pelapik kaki sebelum melarikan diri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial