BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Polis berjaya melumpuhkan sindiket yang menawarkan pekerjaan secara dalam talian sebagai ejen penjual barang, susulan penahanan lima lelaki dan seorang wanita di sebuah kondominium di Jalan Ceylon di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata serbuan di kondominium itu yang dijadikan pusat panggilan kepada sindiket yang beroperasi sejak sebulan lepas dilakukan pada 5.25 petang.
“Siasatan mendapati sindiket itu menawarkan pekerjaan kepada orang ramai menerusi platform media sosial untuk menjual barang secara dalam talian antaranya dompet.
“Mangsa akan menerima barang pada pembelian pertama namun apabila membeli secara pukal, sindiket melarikan diri selepas menerima wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata pihaknya turut merampas 29 telefon bimbit, lima komputer, lima peranti perkakasan pemprosesan dan sebuah komputer riba.
Katanya, semua individu berusia 19 hingga 26 tahun itu direman hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial