DUNIA

Hujan lebat di Korea Selatan, 8 terkorban, 6 masih hilang

09/08/2022 09:31 PM

SEOUL, 9 Ogos (Bernama) -- Lapan orang terkorban dan enam lagi hilang akibat hujan lebat yang melanda wilayah metropolitan Korea Selatan, kata Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat pada Selasa, lapor Xinhua.

Hujan melebihi 100 milimeter sejam melanda ibu kota Seoul, bandar pelabuhan barat Incheon dan wilayah Gyeonggi, yang bersebelahan dengan Seoul, pada Isnin malam.

Curahan hujan lebat melebihi sejam di daerah Dongjak di Seoul mencecah 141.5 milimeter pada satu ketika, menandakan angka yang tertinggi sejak Ogos 1942.

Hujan sehingga 300 milimeter diramalkan turun di wilayah metropolitan hingga Rabu.

Hujan lebat turut mengakibatkan jalan kereta api di Seoul dan Incheon ditenggelami banjir dan menyebabkan perkhidmatan di beberapa laluan kereta api bawah tanah dihentikan sementra.

Sebahagian daripada lebuh raya, jalan raya, jalan raya bawah tanah dan tempat letak kereta di tepi sungai telah disekat, dan aktiviti mendaki di lima gunung taman negara ditutup untuk keselamatan.

Lapan laluan feri penumpang juga tidak beroperasi.

Kementerian dalam negeri telah meningkatkan tahap pemantauan banjir daripada "berjaga-jaga" kepada "serius".

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan