KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Stella Holdings Bhd, Mewah Kota Sdn Bhd, menerima kontrak bernilai RM33.88 juta untuk menambah baik sistem pengagihan air di Johor daripada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya kontrak itu untuk tempoh 18 bulan dan tarikh siap pada 18 Mac 2024.
“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan Stella untuk tempoh kewangan yang berkaitan dalam tempoh kontrak tersebut.
“Ia tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham Stella,” katanya.
Kontrak itu untuk menambah baik sistem pengagihan air di Parit Markom dan Benut, Pontian; Kg Maju Jaya di Johor Bahru; Pasir Gogok di Kota Tinggi serta membaik pulih Tangki Larkin Perdana di Johor Bahru.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial