AM

Telegram peribadi digodam, abai mesej diterima - PM

08/08/2022 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ismail Sabri yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter turut meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” menurut ciapan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan