AM

MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan ditamatkan

07/08/2022 01:13 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11 malam, 5 Ogos lepas bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penamatan itu susulan keadaan cuaca di Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka bertambah baik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia serta boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia ditalian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan