POLITIK

PBB terima MP Puncak Borneo sebagai ahli biasa

06/08/2022 06:52 PM

KUCHING, 6 Ogos (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerima permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin sebagai ahli biasa.

Presidennya Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di sini hari ini berkata kemasukan Willie ke dalam PBB  parti adalah sebagai ahli biasa dan tanpa sebarang komitmen.

“(Diterima) sebagai (anggota biasa). Itu sahaja. Janganlah ditambah-tambah. Sebagai ahli biasalah, kerana dia (Willie) menyokong PBB sebagai parti yang bagus,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Willie yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan ahli Bersatu telah memohon untuk menyertai PBB awal tahun ini.

Beliau memenangi kerusi Puncak Borneo pada 2018 atas tiket PKR tetapi dipecat oleh parti itu bersama beberapa Ahli Parlimen lain pada 2020 yang menyokong Timbalan Presidenn ketika itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan