EKONOMI

KLICC dilantik laksana Maqam Training untuk bakal jemaah umrah, haji

09/09/2022 10:45 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICC) telah dilantik oleh anak syarikat Universiti Umm Al Qura Saudi Arabia - Wadi Makkah sebagai pemegang lesen utama untuk melaksanakan program Maqam Training kepada bakal jemaah umrah dan haji di 23 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Presiden KLICC Profesor Adjung Datuk Hashim Saleh berkata Maqam Training menekankan tentang adab sosial, kesihatan dan keselamatan jemaah sebelum dan semasa berada di Tanah Suci.

“Maqam Training ini satu bentuk latihan yang tidak melibatkan rukun seperti yang dijalankan oleh Tabung Haji,” katanya selepas Majlis Menandatangani Latihan Maqam Hajj dan Mu'tamir Sedunia antara KLICC dan Pemegang Lesen Latihan Maqam dari negara-negara ASEAN, di sini hari ini. 

Beliau berkata modul latihan itu dibangunkan oleh Universiti Umm Al Qura setelah menjalankan penyelidikan hampir tiga tahun.

"Kita baru bermula. Jadi buat masa ini, kita melantik beberapa syarikat di Indonesia, Singapura, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan sebagai ejen untuk membantu melaksanakan program (ini) secara berkesan.

"Program (ini) disasarkan untuk mula dilaksanakan pada musim haji akan datang," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan