KOTA BHARU, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kelantan menyeru usahawan B40, ibu tunggal serta pelajar institut pengajian tinggi merebut peluang membuat pendaftaran percuma perniagaan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
Ketua Unit Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kelantan Hanorliana Daud berkata sejak 2020, pihaknya menerima lebih 2,000 permohonan setiap tahun.
“SPPP menawarkan pendaftaran percuma dengan pengecualian bayaran RM70 bagi pendaftaran trade name, manakala bagi pendaftaran persendirian atau nama sendiri dikenakan bayaran RM40.
“Pihak kami masih giat melakukan proses pencarian, mereka yang berminat boleh memohon menerusi laman sesawang yang disediakan SSM untuk mempercepat urusan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menyampai taklimat SPPP kepada pengunjung sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hanorliana berkata setiap tahun pihaknya menyasarkan 2,000 orang untuk mendaftar.
“Antara syarat permohonan SPPP ialah usahawan perlu mempunyai dokumen sokongan lulus Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) manakala untuk pelajar, mereka perlu mengemukakan surat pengesahan status pengajian,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial