EKONOMI

Apli Yusoff dilantik Pengerusi PTPTN baharu

21/07/2022 02:35 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Apli Yusoff dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Julai lepas.

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Apli, 52, berkelulusan Ijazah Kepujian Kejuruteraan Bahan dari Universiti Sains Malaysia (USM), antara lain adalah Ahli Lembaga Pengarah MARA Incorporated Sdn Bhd.

Selain itu, beliau juga adalah Presiden Squash Racket Association of Terengganu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) GAGASAN Kebangsaan serta menyandang jawatan tertinggi di beberapa syarikat tempatan sebelum ini.

“Semoga dengan pengalaman beliau dapat membantu PTPTN menjadi sebuah agensi kerajaan yang disegani sekali gus merealisasikan usaha PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan utama negara.

“Tahniah diucapkan kepada Apli Yusoff atas pelantikan tersebut. PTPTN turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan atas sumbangan dan baktinya sebagai Pengerusi PTPTN sejak 18 Jun 2018 sehingga 17 Jun lepas,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan