AM

Bidong Summit: RHB, UMT komited tingkat kesedaran konservasi lautan

17/07/2022 05:45 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- RHB Islamic Bank dan rakan strategiknya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kekal komited dalam usaha meningkatkan kesedaran konservasi hidupan marin dan kepentingan laut melalui Bidong Summit yang berlangsung dari 14 hingga 16 Julai lepas.  

Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Bhd Datuk Adissadikin Ali berkata perkara itu, yang merupakan antara perkara di bawah inisiatif ‘RHB Ocean Harmoni,’ telah membincangkan hala tuju kerjasama RHB dan UMT dalam aktiviti konservasi lautan dan hidupan marin. 

Beliau berkata usaha sama yang telah dijalin sejak dua tahun lepas itu didasarkan kepada Perantaraan Berdasarkan Nilai (VBI) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 14 dan 17. 

"SDG 14 adalah mengenai hidupan di dalam air, jadi kami mengambil SDG 14 sebagai satu teras untuk membawa mesej kelestarian ke depan dan SDG 17 (perkongsian untuk mencapai matlamat) kerana kami tak mampu melakukannya sendirian, jadi kami harus bekerjasama dengan mereka yang ahli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melakukan aktiviti pembersihan bawah laut di sekitar perairan Pulau Bidong yang merupakan sebahagian daripada pengisian sidang kemuncak itu.  

Adissadikin berkata beliau gembira kerana Bidong Summit, yang tertangguh selama dua tahun susulan penularan COVID-19, akhirnya berjaya dilaksanakan.

"Kami mengambil inisiatif bukan sahaja belajar ilmu itu daripada rakan strategik kami UMT tapi kami sendiri turun padang, masuk laut dan menyelam… saya dan pasukan dari RHB juga dapat melihat sendiri keindahan dan pada masa sama, menyaksikan kemusnahan daripada aktiviti manusia… Laut harus dihargai dan dijaga," katanya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan