EKONOMI

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$109 bilion pada 30 Jun

07/07/2022 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$109 bilion pada 30 Jun 2022.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu adalah memadai untuk membiayai 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing sebanyak US$97 bilion setakat 30 Jun selain kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion) Hak Pengeluaran Khas (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.7 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan