BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 AM

TUDM adakan latihan operasi, terbang rendah di beberapa kawasan di Sabah

07/07/2022 01:46 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan latihan operasi dan kesiagaan di beberapa kawasan sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah bermula 12 hingga 21 Julai depan.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang latihan itu, pesawat-pesawat TUDM akan mengadakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan yang dinyatakan.

"Latihan yang dilaksanakan ini bertujuan menilai kecekapan anak kapal TUDM serta menguji tahap kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin pelaksanaan operasi dengan lebih berkesan," menurut kenyataan itu.

Menurutnya latihan yang dijalankan itu turut melibatkan penglibatan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya terlihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dalam tempoh latihan dijalankan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan