JENAYAH & MAHKAMAH

Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

07/07/2022 05:29 PM

IPOH, 7 Julai (Bernama) -- Sepasang suami isteri maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.

Sepasukan polis forensik kini berada di rumah itu untuk siasatan lanjut, dan ada anggota serta pegawai penyiasat dilihat sedang mengambil keterangan beberapa ahli keluarga di lokasi kejadian.

Turut kelihatan di kawasan yang ditutup dengan garisan kuning polis itu adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan