DUNIA

Premier Sarawak adakan lawatan lima hari ke Singapura hingga 9 Julai

06/07/2022 03:55 PM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 6 Julai (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan lawatan lima hari ke Singapura sehingga 9 Julai 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, serta Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Nasional Teo Chee Hean, kata MFA dalam laman sesawangnya.

Beliau juga akan bertemu beberapa menteri lain termasuk Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Grace Fu, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Perdagangan dan Industri Kedua Dr Tan See Leng.

MFA berkata Premier juga akan melawat Taman Bishan-Ang Mo Kio, dan melawat beberapa syarikat Singapura.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan