DUNIA

Lelaki dipercayai militan terbunuh selepas kejadian tembak-menembak di Pattani

06/07/2022 02:04 AM

Oleh Tuwaedaniya Meringing

PATTANI, 5 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki dipercayai anggota militan maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani Pol Kol Yanpong Ubonban berkata, bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah di daerah Muang dipercayai tempat persembunyian suspek.

Suspek diarah menyerah diri, namun melepaskan tembakan dan cuba melarikan diri.

“Kejadian tembak-menembak berlaku pada 7 pagi waktu tempatan.

Apabila insiden berbalas tembakan berakhir, pasukan keselamatan menemui mayat suspek di dalam rumah.

"Kami juga menemui sepucuk pistol dan dua bom buatan sendiri," katanya pada sidang media pada Selasa.

Suspek merupakan warga Thailand berusia 30 tahun berasal dari Sai Buri, Pattani.

“Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan lima waran tangkap terhadap suspek,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan