SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor bersiap sedia untuk menghantar bantuan pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Skuad Pantas daripada pelbagai pihak berkuasa tempatan serta pasukan sukarelawan Team Selangor dan Khidmat juga bersedia untuk digerakkan ke negeri itu.
“Kerajaan Negeri sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Kedah bagi penyelarasan bantuan. Doakan agar urusan ini dipermudahkan,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa korban kejadian bencana itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial