AM

Polis cari ahli keluarga atau waris wanita warga emas

05/07/2022 03:05 PM

GEORGE TOWN, 5 Julai (Bernama) -- Polis sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada seorang wanita warga emas yang dikesan berada seorang diri di kawasan parkir sebuah hotel di Lebuh Victoria, di sini sejak 28 Jun lepas.

Polis Daerah Timur Laut dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata pihak polis menerima aduan dari pihak hotel berhubung kehadiran wanita dipercayai berbangsa Melayu di kawasan parkir itu, semalam.

"Anggota dari Balai Polis Lebuh Pantai telah pergi ke hotel itu dan hasil temu bual dengan wanita warga emas yang berusia dalam lingkungan 65 hingga 70 tahun itu, dia  gagal memberi sebarang keterangan berkenaan dirinya serta tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mengenali wanita warga emas berkenaan tampil untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau kaunter aduan Balai Polis Lebuh Pantai di talian 04-2641628.

"Sesiapa yang mengenali warga emas ini atau mengenali warisnya, diminta tampil di mana-mana balai polis untuk membantu dan kerjasama daripada orang ramai amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan wanita warga emas ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan