AM

Tunku Azizah berkenan melawat CENTEXS Sarawak

04/07/2022 07:47 PM

KUCHING, 4 Julai (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Heritage Technology dan Gastronomy Academy di Centre of Technical Excellence (CENTEXS) di sini hari ini.

Baginda yang tiba di CENTEXS pada 3 petang meluangkan masa kira-kira tiga jam, melihat pameran tenunan keringkam dan songket serta sulaman manik dihasilkan oleh pelatih di akademi tersebut.

Tunku Azizah diiringi Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Baginda turut dipersembahkan dengan peragaan busana songket kontemporari dengan sentuhan moden oleh pereka fesyen tempatan Datuk Raymond Jolly, Wan Bainun Wan Zaizodin, Datuk Asfarena Samion Mon dan Harizan Khaider.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan