EKONOMI

Cagamas muktamadkan harga CMTN, sukuk SRI

30/06/2022 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perbadanan gadai janji nasional, Cagamas Bhd telah memuktamadkan penetapan harga bagi Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) satu tahun bernilai RM50 juta, CMTN dua tahun bernilai RM50 juta dan Sukuk SRI Sosial ASEAN (Sukuk SRI) tiga tahun bernilai RM150 juta.

Cagamas dalam kenyataan hari ini berkata, hasil daripada CMTN dan Sukuk SRI akan dimanfaatkan untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan dan pembiayaan rumah mampu milik yang layak daripada sistem kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chung Chee Leong berkata penetapan harga CMTN bagi satu tahun dan dua tahun telah dimuktamadkan pada 48 mata asas (bps) dan 49 bps melebihi Sekuriti Kerajaan Malaysia yang setara, manakala Sukuk SRI tiga tahun telah dimuktamadkan pada 45 bps melebihi Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia.

“Memandangkan pasaran terus membuat pertimbangan di antara perkembangan pesat pengetatan dasar monetari, kegelisahan behubung tindakan sedemikian mungkin meningkatkan kemungkinan kepada kemelesetan,” katanya.

Beliau berkata, ini menyumbang kepada ketidakstabilan yang berterusan bagi pasaran pendapatan tetap.

“Pelabur domestik mencari tempat perlindungan yang selamat dalam tempoh yang tidak menentu ini, sekali gus membawa kepada kejayaan menetapkan harga terbitan syarikat,” katanya.

Terbitan itu akan ditebus pada nilai nominal penuhnya selepas tempoh matang ,adalah obligasi tidak bercagar syarikat, berada di kedudukan setara (pari passu) dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada syarikat.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan