AM

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

29/06/2022 06:19 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 6 Julai berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM4.84 dan RM2.05 seliter, manakala diesel pada RM2.15 seliter.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan