BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
AM

Agong selesai jalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut

23/06/2022 01:14 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata prosedur berkenaan dijalankan Isnin lepas.

“Ekoran prosedur intervensi tersebut, Seri Paduka telah selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut.

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka.

Baginda dilapor menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki sejak Isnin lepas.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan