BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Gaduh di lobi mahkamah: Polis sahkan terima laporan dari jurugambar dan peguam

21/06/2022 11:30 PM

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- Polis Shah Alam mengesahkan menerima laporan daripada seorang jurugambar dan peguam, susulan pergaduhan yang berlaku di lobi bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan awal polis mendapati, pergaduhan tersebut melibatkan seorang jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan berumur 34 tahun, dengan seorang peguam yang berumur 50 tahun.

“Kejadian berpunca apabila keadaan sesak berlaku di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa pasukan peguam sedang menuju ke kamar mahkamah, manakala petugas media sedang membuat liputan bagi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan,” katanya.

Katanya kedua-dua lelaki itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam dengan jurugambar berkenaan mengalami luka calar di leher dan lengan, manakala peguam tersebut mengalami luka di dahi.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sebarang maklumat berkaitan kes tersebut, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Ridzuan Ibrahim di talian 013-3050856.

Terdahulu media melaporkan, kekecohan dan pertengkaran telah berlaku di perkarangan kompleks mahkamah berkenaan pagi tadi melibatkan seorang peguam mewakili suspek pembunuhan Nazrin, Samirah Muzaffar dan seorang jurugambar.

-- BERNAMA


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan