AM

Cubaan bunuh diri: KKM tunggu maklum balas AGC

21/06/2022 04:06 PM

PETALING JAYA, 21 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan cadangan pindaan Akta 309 Kanun Keseksaan membabitkan moratorium (penangguhan) terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Jemaah Menteri berpendapat bahawa perkara itu perlu dimuktamadkan di peringkat AGC sebelum kerajaan membuat keputusan. 

“Saya telah bangkitkan berkenaan moratorium ini dan Jemaah Menteri berpendapat bahawa perkara ini perlu mendapatkan pandangan dulu sama ada pembunuhan diri dapat decriminalised,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidangan Pengarah Hospital, di sini, hari ini.

Sebelum ini, KKM telah menghantar memorandum berkenaan moratorium terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri kepada Jemaah Menteri. 

Memorandum itu merupakan usaha nyah jenayah cubaan bunuh diri dan langkah meminda atau memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mensabitkan tingkah laku itu sebagai kesalahan jenayah.

Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati cuba membunuh diri boleh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan