AM

Perkampungan Sunnah terima sambutan luar biasa

18/06/2022 10:54 AM

KANGAR, 18 Jun (Bernama) -- Setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19, Perkampungan Sunnah  siri ke-7  yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun di Masjid Alwi, mendapat sambutan luar biasa.

Pengarah Program Perkampungan Sunnah Siri ke-7, Hafiz Ahmad Hafiz Jaafar berkata sehingga hari ini seramai lebih 20,000 pengunjung telah hadir ke program tersebut dan kebanyakan mereka adalah dari golongan muda.

“Selain daripada mendapat sambutan luar biasa, kehadiran golongan muda merupakan satu petanda positif bahawa golongan ini semakin berminat dengan program keagamaan dan ingin mencari kebenaran,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selain daripada rakyat Perlis, program ini turut mendapat sambutan daripada pengunjung luar negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja.

“Oleh kerana kehadiran bilangan pengunjung ramai dan kebanyakan hotel telah penuh, pihak penganjur telah meminta kerjasama dengan pihak pengurusan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Masjid Darul Ibadah, untuk memberi kebenaran kepada pengunjung yang kurang berkemampuan mengunakan kemudahan dan tidur di masjid,” katanya.

Hafiz Ahmad berkata sesuai dengan tema penganjuran ‘Bangkit Membela Sunnah’ dianjurkan program ilmu seperti kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah maghrib dan forum berkaitan dengan kebenaran Sunnah yang perlu diketahui oleh masyarakat umum.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan