DUNIA

Rel kereta api di Xinjiang semakin lengkap

16/06/2022 05:55 PM

BEIJING, 16 Jun (Bernama) -- Landasan kereta api Hotan-Ruoqiang mula beroperasi hari ini dan ia sekali gus melengkapkan rangkaian rel di wilayah Xinjiang, China.

Bersambung dengan landasan sedia ada, ia sekali gus menjadi rel padang pasir pertama di dunia sepanjang 2,712 kilometer melintasi padang pasir Taklimakan.

Landasan kereta api Hotan-Ruoqiang sepanjang 825 kilometer dengan kelajuan operasi 120 kilometer sejam itu mempunyai 22 buah stesen dan 11 daripadanya menawarkan perkhidmatan pengangkutan penumpang.

Difahamkan, projek pembinaan landasan itu bermula pada Disember 2018 dengan pelbagai cabaran dihadapi memandangkan keadaan geografi di padang pasir.

Bagi mengatasi masalah pergerakan gumuk pasir (berbentuk sabit yang hanya terdapat di kawasan gurun) lima buah jambatan khusus telah dibina bagi mengelakkan pasir menghakis landasan. 

Di samping itu, usaha untuk mengawal pergerakan pasir juga diutamakan sepanjang proses pembinaannya, manakala sebanyak 13 juta batang pokok telah ditanam di sepanjang landasan yang bertindak sebagai benteng. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan