SUKAN

FIFA tarik balik larangan perpindahan kelab Perak FC

16/06/2022 04:31 PM

IPOH, 16 Jun (Bernama) -- Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan perpindahan terhadap pasukan Perak FC selepas kelab itu melunaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata FIFA dalam e-mel kepada pengurusan kelab hari ini memaklumkan badan induk tersebut telah menerima surat-menyurat daripada pemiutang bahawa dana terhutang sudah dipindahkan ke akaun masing-masing.

"Agenda ini adalah keutamaan kami untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain berkaliber. Malangnya penyokong terpaksa mengharungi sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata The Bos Gaurus kini bebas untuk menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan pemain dengan merancang untuk menandatangani tiga pemain import yang tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan.

Sebelum ini, dilapor Perak FC dikenakan sekatan pendaftaran pemain daripada FIFA susulan isu tunggakan gaji berjumlah RM1.7 juta yang membelenggu pasukan itu pada awal musim lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan