JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan pemain bola sepak bantu siasatan kes rogol remaja perempuan

31/05/2022 08:04 PM

KOTA BHARU, 31 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di sini Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan suspek berusia 28 tahun itu, dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini malam Ahad lalu, selepas mangsa berusia 18 tahun membuat laporan.

“Mengikut laporan yang diterima, mangsa yang juga jurujual kain dan tudung mendakwa pada kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia berada di rumah dan hendak membuang sampah, suspek yang dikenalinya telah menolak dan mengheretnya ke katil biliknya.

“Mangsa cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga mangsa berada di rumah. mangsa mendakwa telah dirogol tanpa kerelaaannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Cinta & Air Mata' peringkat Zon Kelantan - Terengganu 2022 di PCB Resort, di sini hari ini.

Muhamad Zaki suspek direman empat hari bermula semalam hingga Khamis.

“Kes akan disiasat mengikut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan