AM

Sabah warta Kampung Beringgis, Kampung Kawang sebagai rizab kampung

29/05/2022 02:54 PM

PAPAR, 29 Mei (Bernama) -- Kerajaan Sabah telah mewartakan kawasan seluas 129.04 hektar di sini sebagai tanah rizab kampung bagi Kampung Beringgis dan Kampung Kawang dekat sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan surat warta itu kepada Pegawai Daerah Hadzlan Jabli, dan di bawah warta bertarikh 12 Mei, 48.10 hektar telah diwartakan sebagai rizab kampung untuk Kampung Beringgis manakala 80.937 hektar untuk Kampung Kawang.

Majlis penyampaian surat warta itu berlangsung di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, yang juga Pengarah Yayasan Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pengalat Besar hari ini.

Ketua Menteri turut menyampaikan cek bernilai RM600,000 kepada pengetua SM St Joseph Papar, Jenith Mahibol untuk pembinaan bangunan baharu sekolah, serta RM2 juta kepada ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim untuk pembinaan dewan masyarakat baharu, kedua-duanya sumbangan kerajaan negeri.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan