PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak tiga projek berjaya dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi Pelaksanaan Teknologi Hijau ke arah Pembangunan Bandar-bandar Rendah Karbon (GTALCC) sejak 2017, kata Naib Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud.
Beliau berkata projek itu adalah penggunaan basikal elektrik oleh kakitangan PPj pada 2019, penyediaan Pelan Tindakan Pengurangan dan Pengurusan Sisa Pepejal (2020) serta pemasangan laluan jalan basikal di Jambatan Seri Wawasan dan Seri Saujana (2021).
“Putrajaya adalah satu daripada bandar terpilih dalam projek ini khasnya dalam pelaksanaan Putrajaya Bikeable City iaitu inisiatif di bawah Focus Area Three menerusi Bandar Hijau Putrajaya 2025,” katanya pada Majlis Penutup Kolaborasi PPj dan GTALCC di bawah inisiatif Putrajaya Bikeable City di sini hari ini.
GTALCC adalah projek lima tahun bermula 2017 yang menyokong kepada pelaksanaan inisiatif rendah karbon di bandar-bandar di Malaysia, dengan Kementerian Alam Sekitar dilantik sebagai penyelaras projek.
Untuk tahun ini pula, Fadlun berkata projek Putrajaya Cycling Route (PCR) di empat lokasi iaitu Kompleks PPj, Pusat Rekreasi Air Taman Wetland, Tangga Putrajaya dan Laman Perdana.
“Antara komponen yang disediakan adalah peta laluan, tempat pembaikan dan pam basikal, rak basikal dan water dispenser,” katanya.
Katanya, fasa pertama PCR telah dirancang melibatkan pembinaan lapan laluan berbasikal sejauh 180 kilometer.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial