DUNIA

PM Libya cadang pilihan raya diadakan penghujung 2022

26/05/2022 12:07 PM

TRIPOLI, 26 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Libya Abdul Hamid Dbeibeh pada Rabu mencadangkan pilihan raya parlimen diadakan pada penghujung 2022, lapor Agensi Anadolu.

“Selepas pilihan raya parlimen diadakan dan kerajaan baharu dibentuk, saya tidak akan pegang lagi jawatan walaupun seminit,” kata Dbeibeh dalam ucapannya di media sosial.

Beliau menjangkakan pelbagai reaksi berbeza akan diterima daripada kerajaan dan pihak yang tidak sependapat dengannya selepas pengumuman pilihan raya dibuat.

Dbeibeh berkata "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB untuk Libya, Stephanie Williams harus mendengar suara rakyat.”

"Tiada penyelesaian akan dapat ditemui tanpa mengambil kira kehendak rakyat Libya," katanya. 

Selama lebih dua bulan, terdapat dua kerajaan di Libya: kerajaan perpaduan pimpinan Dbeibeh dan kerajaan yang mendapat kepercayaan Dewan Rakyat yang berpangkalan di Tobruk.

Dbeibeh sebelum ini dilaporkan berkata hanya akan menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang ”dipilih”, mencetuskan kebimbangan negara kaya minyak itu mungkin terjerumus kembali ke dalam kancah perang saudara.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan