EKONOMI

PUNB sedia bantu usahawan terkesan akibat kenaikan harga barang tidak menentu

23/05/2022 05:18 PM

KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) -- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bersedia membantu usahawan yang terkesan akibat kenaikan harga barang yang tidak menentu mengikut keperluan mereka, kata Pengerusi PUNB Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Beliau berkata pihaknya akan membantu usahawan yang benar-benar terkesan  dan mendengar segala masalah yang dihadapinya sama ada dari segi pinjaman bayaran balik dan sebagainya.

"Kita bersedia mendengar apa sahaja keperluan para usahawan dan kita cari jalan atasi bersama. Pastinya usahawan kita boleh keluar daripada masalah yang dihadapi.

"Walaupun berdepan dengan kesukaran, usahawan perlu cuba mencantikkan akaun mereka untuk menyakinkan pemberi pembiayaan daripada agensi kerajaan mahupun swasta, termasuk PUNB,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Timsun Francais Kota Bharu dekat Chabang Empat Cherang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Nazlan berkata setakat Mac tahun ini, PUNB telah meluluskan sebanyak RM3.53 bilion pembiayaan melibatkan 13,063 usahawan daripada pelbagai sektor perniagaan.

"Kita juga telah mengagihkan bantuan kepada hampir 2,000 usahawan muda yang baru mula meniaga," katanya.

--BERNAMA  

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan