MELAKA, 23 Mei (Bernama) -- Hampir RM82,000 hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel di Melaka, diraih pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Perak yang berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lepas.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata pameran berkenaan disertai tujuh pemain industri pelancongan di Melaka antaranya A'Famosa Resort Melaka, Perbadanan Muzium Melaka, Melaka River Cruise dan Zoo Melaka and Night Safari.
“Sebanyak 1,292 tiket melibatkan produk pelancongan di Melaka berjaya dijual dan manakala 286 tempahan bilik diterima pemain industri yang terlibat pada pameran itu.
“Penyertaan pemain industri pelancongan negeri ini pada pameran itu merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan produk pelancongan yang ada, sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial