BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Penggunaan ganja dalam perubatan perlu disertakan bukti - Dr Muhamad Akmal

22/05/2022 04:27 PM

MELAKA, 22 Mei (Bernama) -- Penggunaan ganja atau 'cannabis' untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis, menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata sebagai pengamal perubatan, beliau mengalu-alukan apa juga jenis ubat yang mampu memberi kesembuhan kepada pesakit, sama ada ubat sedia ada atau ubat baru ditemukan, termasuk penggunaan ganja.

Menurutnya satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat (AS) bagi melihat sekiranya ganja mampu merawat penyakit seperti sklerosis berbilang, muntah akibat rawatan kemoterapi, tekanan pascatrauma, kanser, epilepsi dan masalah usus; selain penyakit cachexia, glaukoma, HIV/AIDS, penyakit saraf, sindrom tourrete, parkinson, demensia, ketagihan, kecederaan otak trauma, skizofrenia serta masalah mental lain.

Katanya berdasarkan kajian itu, hanya kesakitan kronik dan sklerosis berbilang sahaja yang menunjukkan bahawa ganja mampu memberikan rawatan kepada pesakitnya, manakala lain-lain penyakit tidak mempunyai bukti kukuh untuk menunjukkan ia berkesan bagi merawat penyakit.

"Maka, seharusnya satu kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan ganja ini selamat dan berkesan digunakan untuk tujuan perubatan ataupun sebaliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan