AM

K-KOMM anjur rumah terbuka di Parlimen Nibong Tebal

21/05/2022 05:40 PM

NIBONG TEBAL, 21 Mei (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menganjurkan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Parlimen Nibong Tebal, di sini bagi meraikan  Aidilfitri dengan penduduk kawasan itu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata majlis itu adalah anjuran pihaknya dengan kerjasama UMNO Bahagian Nibong Tebal dan menerusi penganjuran rumah terbuka berkenaan pihaknya turut menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Majlis Ramah Mesra Hari Raya  Aidilfitri  ini merupakan antara usaha semangat Keluarga Malaysia dalam meraikan hari raya, saya sebagai timbalan menteri mengambil dua kawasan di wilayah utara iaitu Pulau Pinang dan Kedah untuk menganjurkan rumah terbuka kepada orang ramai.

"Majlis ini juga dibuat di luar kawasan Parlimen saya (Padang Besar) kerana bukan semua kawasan dapat timbalan menteri atau menteri,jadi dalam konsep Keluarga Malaysia kami mahu bagi meraikan bersama-sama penduduk di kawasan lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas hadir Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, Permatang Keling di sini yang menerima kunjungan kira-kira 7,000 orang pelbagai bangsa dan agama. 

Zahidi berkata majljs itu turut melibatkan agensi di bawah K-KOMM antaranya Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk bersama-sama menyalurkan maklumat yang diperlukan kepada penduduk.

"Majlis ini turut melibatkan agensi-agensi kerajaan, ini bukan hanya rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri malah sebagai tempat untuk pihak kami dapat bermesra serta menyalurkan maklumat kepada orang ramai terutama penduduk di sini," katanya.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang hadir ke majlis itu memaklumkan mereka mengambil peluang untuk hadir ke rumah terbuka itu kerana ini pertama kali anjuran timbalan menteri atau menteri bukan mewakili kawasan mereka.

Seorang pengunjung Khairul Fahmi Mohd Razif, 40, berkata beliau dan keluarga teruja untuk hadir pada majlis hari ini ini kerana ini antara lain berpeluang untuk berjumpa dengan timbalan menteri bukan mewakili kawasan mereka.

"Kami seronok datang hari ini kerana selain pelbagai menu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis dan penyaluran maklumat daripada beberapa agensi kerajaan," katanya yang tinggal di Sungai Acheh, di sini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan