BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan pemandu e-hailing cabul penumpang wanita

20/05/2022 02:12 AM

JOHOR BAHRU, 19 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang pemandu e-hailing di sekitar bandar raya awal pagi ini yang dipercayai mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di Jalan Bakar Batu di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan di sekitar badar raya pada pukul 1.30 pagi.

Katanya kejadian berlaku semasa wanita berumur 23 tahun itu menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah di Permas Jaya selepas habis bekerja di sebuah pusat beli belah di sini, apabila pemandu e-hailing itu meminta dia supaya duduk di tempat duduk hadapan semasa dalam perjalanan, namun dia enggan berbuat demikian pada mulanya.

“Ketika kenderaan berada di Jalan Bakar Batu berhampiran simpang South Key, mangsa mengatakan terpaksa menuruti permintaan dan duduk di bahagian tempat duduk hadapan, sebelum dicabul, apabila dadanya diraba beberapa kali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata wanita itu berjaya menolak individu terbabit, dan melepaskan diri dengan keluar daripada kenderaan, sebelum membuat laporan polis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan