KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn Bhd untuk mengambil alih 2,500 saham biasa yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Perak FC Sdn Bhd dengan nilai RM1.
XOX berkata pengambilalihan itu merupakan peluang bagi kumpulan untuk meluaskan jangkauan dengan mengembangkan lagi ekosistemnya untuk menggabungkan bola sepak.
“Perak FC mempunyai kira-kira setengah juta peminat, dan Perak terkenal sebagai negeri yang mempunyai peminat bola sepak paling fanatik di negara ini,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurut XOX, jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM1 telah dicapai atas dasar kesediaan pembeli dan penjual selepas mengambil kira, antara lain, kerugian selepas cukai Perak FC sebanyak RM2.32 juta dan liabiliti bersih berjumlah RM3.50 juta pada 30 Jun, 2021, kesukaran operasi, dan liabiliti tertunggak kira-kira RM7.1 juta setakat 31 Dis, 2021.
“Cadangan pengambilalihan itu yang akan dibiayai sepenuhnya daripada dana yang dijana secara dalaman, dijangka selesai pada suku ketiga 2024,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial