BERITA COVID–19   Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19 | Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1  | 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 | Kes baharu COVID-19 meningkat 119 peratus minggu lepas - KP Kesihatan | Singapura lapor 3 kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5 | 
DUNIA

Saifuddin adakan pertemuan dengan Menteri Luar NUG Myanmar

15/05/2022 12:10 AM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Sabtu mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Menteri Luar Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Zin Mar Aung di Washington D.C.

Dalam catatan Twitternya, Saifuddin berkata beliau menyatakan sokongan dan solidariti Malaysia terhadap rakyat Myanmar dan bersedia berusaha ke arah memulihkan keamanan serta demokrasi di negara itu.

"Kami mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar, Zin berkongsi pandangan serta cabaran dihadapi NUG, termasuk bantuan kemanusiaan, latihan teknikal dan pendidikan untuk pelarian Myanmar," katanya.

Saifuddin sebelum ini mengulangi pendirian Malaysia bahawa Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar harus melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk wakil dari NUG Myanmar dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC).

Beliau membuat gesaan itu pada Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar ASEAN pada Khamis di Washington D.C. yang diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-AS pada 12 hingga 13 Mei.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan