BERITA COVID–19   Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19 | Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1  | 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 | Kes baharu COVID-19 meningkat 119 peratus minggu lepas - KP Kesihatan | Singapura lapor 3 kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5 | 
AM

Jari kaki kanak-kanak lelaki tersepit eskalator di pusat beli belah

14/05/2022 06:57 PM

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit, apabila ibu jari kaki kanannya tersepit eskalator di sebuah pusat beli belah di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan dari pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan pada pukul 2.54 petang.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota telah ke lokasi kejadian. Kerja-kerja menyelamat mangsa turut mendapat bantuan daripada pihak penyelenggaraan pusat beli belah berkenaan, dan ia mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan jari kaki mangsa yang tersepit.

“Rawatan awal telah diberikan oleh Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), sebelum mangsa dibawa ke Putra Medical Center (PMC) oleh pihak pengurusan pusat beli belah itu, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wartawan Bernama yang kebetulan berada di lokasi kejadian mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak lelaki itu, sebelum bergegas ke bahagian eskalator yang terletak di tingkat dua pusat beli belah berkenaan.

“Pihak penyelenggaran cuba membantu mangsa sebelum bomba sampai, tetapi saya minta mereka berhenti kerana ketika itu mangsa menangis dan meraung kesakitan. Saya bimbang akan berlaku kecederaan yang lebih parah.

“Sebaik bomba sampai mereka cuba menenangkan mangsa sambil cuba mengeluarkan jari kakinya yang tersepit. Selepas kira-kira 15 minit, ia berjaya dikeluarkan dan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian jari kaki kanannya,” katanya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan