Daripada Jamaluddin Muhammad
WASHINGTON DC, 13 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).
Mereka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global dalam sesi yang dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang Jumaat (2.30 pagi Sabtu di Malaysia).
Sebelum itu, Ismail Sabri akan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Naib Presiden AS Kamala Harris dan mereka dijangka berbincang mengenai kerjasama maritim, kesihatan serta pemulihan pandemik.
Selepas itu, Harris dan pemimpin ASEAN akan meneruskan perbincangan dalam sesi berasingan serta memfokus kepada tindakan berkaitan isu perubahan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.
Semua sesi pada hari terakhir persidangan dua hari itu akan berlangsung di Jabatan Negara AS di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial