AM

Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri

12/05/2022 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan jasa dan pengorbanan jururawat kepada Keluarga Malaysia amat besar terutamanya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19. 

Sambil mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia, Perdana Menteri berkata jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua. 

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat di negara ini. Jururawat juga adalah barisan hadapan yang amat saya sanjungi,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini. 

Catatan itu turut disertakan dengan poster Selamat Hari Jururawat Sedunia yang memuatkan ucapan syabas dan terima kasih Perdana Menteri kepada jururawat atas perkhidmatan kesihatan dan jasa kepada masyarakat. 

”Anda semua wira dan wirawati kami,” kata Ismail Sabri.

-- BERNAMA 


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan