KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI), telah menerima surat pelantikan daripada Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) untuk menyediakan perkhidmatan perundingan semakan setara bernilai RM11.29 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, HEB berkata perkhidmatan itu adalah untuk dokumentasi tender kontraktor utama awam dan dokumentasi tender untuk kontraktor sistem laluan lebar untuk projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3).
"Peranan HSSI adalah untuk menjalankan semakan bebas dan memberikan pengesahan bahawa dokumentasi tender tersebut adalah mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh MRT Corp.
"Menurut pengaturan gabungan eksklusif antara HSSI dan HSS Engineering Sdn Bhd (HSSE), anak syarikat milik penuh HEB, HSSI dan HSSE akan bekerjasama secara eksklusif untuk melaksanakan dan menyelesaikan perkhidmatan tersebut," katanya.
Perkhidmatan itu akan bermula pada 15 April 2022 untuk tempoh 11 bulan, tambahnya.
"Perkhidmatan itu juga dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih HEB Group untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial