SUKAN

10 pasukan berentap dalam edisi pertama Liga Bola Sepak Perlis 2022

12/02/2022 09:00 PM

KANGAR, 12 Feb -- Sebanyak sepuluh pasukan terdiri daripada kelab bola sepak tempatan menyertai edisi pertama saingan Liga Bola Sepak Perlis yang bermula hari ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP) Anuar Abdullah berharap liga itu akan menjadi platform untuk mencari bakat baharu dalam sukan bola sepak di peringkat akar umbi di Perlis.

“Liga ini turut dianjurkan bagi membimbing kelab bola sepak dari segi pengurusan pasukan ke tahap lebih tinggi serta mengasah kemahiran pengadil bola sepak di negeri ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pihak MSNP berharap liga itu mampu memeriahkan kembali sukan bola sepak di Perlis dan menjadi medan mencungkil bakat baharu yang mampu diketengah ke peringkat lebih tinggi iaitu Piala Belia atau Piala Presiden.

Katanya beliau kagum dengan kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan oleh kelab bola sepak di Perlis dan akan membuat kajian untuk menambah baik liga itu dari segi jumlah penyertaan pada masa akan datang.

Pasukan yang berentap dalam saingan Liga Bola Sepak Perlis ialah Kelab Bola Sepak Sena City, Santan Rovers FC, GSA FC (Guar Syed Alwi), Kangar City FC, Repoh FC, KSMR FC, Perlis Cops FC, LFJC FC (Lion Junior Football Club), DB United FC dan Anas FC.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan