JENAYAH & MAHKAMAH

JIPS sahkan terima laporan kematian tahanan dalam lokap di Terengganu

28/01/2022 10:43 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan menerima satu laporan berhubung kematian mengejut, melibatkan seorang lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Balai Polis Marang, Terengganu, hari ini.

Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada 3 petang tadi.

Beliau berkata siasatan berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS.

“OKT yang berumur 38 tahun itu, ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Azri berkata OKT direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Jan di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan