EKONOMI

Bank Rakyat akan sediakan lebih banyak mesin ATM di Sarawak tahun ini

28/01/2022 08:58 PM

KUCHING, 28 Jan -- Bank Rakyat akan menyediakan lebih banyak kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh Sarawak tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Tanpa menyatakan secara khusus jumlahnya, beliau berkata mesin itu akan disediakan di kawasan yang belum ada cawangan bank tersebut dan yang mempunyai kesambungan Internet.

“Kalau mana-mana kawasan yang ada Internet, yang mohon kemudahan mesin ATM ini, kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Bank Rakyat Kota Sentosa di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata beberapa ahli Parlimen dari Sarawak telah memohon supaya lebih banyak mesin ATM disediakan di negeri ini.

Dalam pada itu, Noh berkata Bank Rakyat setakat ini membuka 14 cawangan di seluruh Sarawak.

Selain di Satok, cawangan lain adalah di Matang Jaya, Simpang Tiga dan Kota Sentosa di Kuching; dua di Miri (Miri dan Permy Jaya) dan masing-masing satu di Bintulu, Kapit, Kota Samarahan, Limbang, Mukah, Sarikei, Sibu dan Sri Aman.

-- BERNAMA


 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan