AM

Tiada kenaikan tarif elektrik, subsidi lebih RM700 juta diteruskan - PM

28/01/2022 08:02 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih sembilan juta pengguna domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini, beliau berkata subsidi elektrik sebanyak lebih RM700 juta juga akan diteruskan agar pengguna domestik tidak terkesan.

Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan pada Rabu lepas bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia bermula 1 Feb 2022 hingga 31 Dis 2024 di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR). 

Keputusan itu juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri.

Kadar tarif itu telah digunakan sejak 1 Jan 2014 apabila mekanisme IBR diperkenal sebagai dasar baharu dalam penetapan tarif elektrik. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan