SUKAN

Pasukan bola sepak Bernama terima jersi baharu

28/01/2022 06:36 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Pasukan bola sepak Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini menerima suntikan semangat menerusi tajaan jersi, bagi menghadapi beberapa perlawanan peringkat sosial.

Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata semangat kesukanan merupakan perkara yang amat penting bagi warga kerja agensi berita itu, untuk berada pada tahap yang optimal dalam apa sahaja perkara yang mereka lakukan.

“Penting untuk kita terutamanya dengan keadaan pandemik COVID-19 yang telah melanda kita sepanjang dua tahun lebih ini.

“Dengan adanya pasukan bola sepak dan dengan kembalinya semarak sukan di Bernama, saya rasa akan bantu banyak daripada kita untuk terus berjuang, bukan sahaja sebagai wartawan tetapi juga sebagai ahli sukan,” katanya selepas majlis ringkas penyerahan jersi di Wisma Bernama, hari ini.

Beliau turut berkongsi harapannya buat pasukan bola sepak Bernama untuk sentiasa menyerlah dan terus mengambil bahagian dalam pertandingan seperti yang telah dilakukan sebelum ini.

Turut hadir penaja jersi Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang juga merupakan Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Timbalan Ketua Pengarang (TKP) Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan Roslan Ariffin, TKP Perkhidmatan Berita Antarabangsa Jamaluddin Muhammad dan Ketua Penyiaran (TV dan Radio) D. Arul Rajoo.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan