SHAH ALAM, 28 Jan -- Pasukan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan 50 warga asing termasuk 10 wanita dipercayai cuba masuk ke Malaysia secara haram, di pesisir pantai Bagan Pasir, Kuala Selangor di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Supt Rizal Mohamed berkata kesemua warga asing berumur antara 16 dan 51 tahun yang ditahan kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dalam Op Nyah 1, selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Mereka dipercayai baru masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial