BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
LONDON, 27 Jan -- Putera Andrew minta perbicaraan oleh juri bagi membersihkan namanya daripada dakwaan penderaan seksual, berdasarkan satu dokumen undang-undang, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media British pada Rabu.
Dokumen setebal 12 muka surat merupakan respons rasmi pertama Putera Andrew terhadap tuntutan sivil Amerika Syarikat yang dikemukakan oleh Virginia Robert Giuffre terhadapnya, Putera Andrew bertindak menafikan perenggan demi perenggan terhadap 73 tuntutan terhadapnya, menyangkal "sebarang dan semua salah laku."
Duke of York, 61, juga menyenaraikan 11 sebab mengapa kes itu harus ditolak, termasuk status domisil Giuffre dan "kelakuan buruknya sendiri".
Di akhir dokumen itu dinyatakan: "Putera Andrew dengan ini menuntut perbicaraan oleh juri atas semua pertuduhan yang dinyatakan dalam tuntutan itu."
Putera Andrew juga menimbulkan keraguan terhadap sekeping gambar menunjukkan putera raja itu memegang pinggang Giuffre, serta menafikan berkawan rapat dengan Ghislaine Maxwell yang baru disabitkan dengan kesalahan pemerdagangan seks.
Giuffre, 38, memfailkan aduan di AS pada Ogos lalu, dan mendakwa beliau didera secara seksual atau dirogol putera raja itu sebanyak tiga kali pada waktu berasingan antara 2000 dan 2002, ketika berumur bawah 18 tahun.
Giuffre bertindak menyaman Putera Andrew bagi kesalahan itu.
Sebelum ini, Putera Andrew gagal membatalkan kes itu di mahkamah, dan hakim AS membenarkan kes itu diteruskan. Sejurus selepas itu, Ratu Elizabeth melucutkan semua pangkat ketenteraan dan gelaran diraja beliau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial